Permulaan yang akan bermula

hi..lama rasa yer tak meluahkan perasaan aku kat dalan blog ni yg paling sempoi...lalalala...
sesuatu yang aku nak kongsi dengan korang yang sudi membaca blog aku ni..
ni berkenan dengan kerja..kerja part time....ni gara2 nak hilangkan rasa bosan...dah ada part time kerja  kat kumon tapi aku rasa bosan dan penat..tapi bila difikirkan2 mane der kerja kat dunianya yang tak penat... heheheh...baru ku fikirkan hendak berhenti daripada kerja tu..nak replace dengan menjahit manik2 kat baju..
lama dah aku tak menjahit..ingat ker aku nk menjahit manik2 ni...
paling best belum pe2 lagi aku dah der client nk suruh aku jahit manik kat baju dia..bersyukur sangat2 pada Allah memberikan idea ni...dapat aku tambahkan pendapatan yang sedia ada dan meningkatkan skills yang dah lama aku tak asah...lagipun aku der Cousin yang boleh tunjuk ajar pada aku...dia pun dah lama terjebak dalam dunia jahitan..so pe lagi ..harap2 menjadilah..insyaallah..
Lagipun kata-kata Cousin aku memberikan  semangat pada aku
 "masa kita masih muda kita carilah duit dan simpan duit banyak2 bila kita dah tua kita tak payah susah cari duit dan mengharap pada orang lain..dan janganlah kita membazir masa"

contoh2 manik yang aku telah jahit..





okay tak?

selamat hari guru.."Guru Penjana Tranformasi Pendidikan negara" 2011

Selamat Hari Guru kepada guru ku yang pernah mengajar aku sehingga aku berjaya sampai ketahap ni...
tanpa guru siapakah diri ku ni..
hari guru ni mengimbaskan kenangan sewaktu aku di zaman persekolahan...
SRK (P) SULTAN ABU BAKAR MUAR & SMK (P) SULTAN ABU BAKAR tempat aku menimba ilmu..
terima kasih kepada guru ku yang pernah mengajar aku..jasamu dikenang selama2nya
paling aku tak sangka der gak cikgu masih mengenali diri ku..."cikgu kahar yang mengajar sejarah masa f6..baru2 aku jumpa beliau dia majlis perkahwin adik ku, cikgu wahida yg mengajar lukisan..cikgu Rahmah yang mengajar Pengajian Am, Cikgu Ramlah yang paling class gitu..mengajar sains masa aku form 3..ayat yang paling aku tak lupa "saya tahu sepender awak 3 lubang" hahahha...kalau kitaorang malu2 nk jawab soalan dari dia..
THANKS CIKGU2 KU SEMUA..
teruskanlah perjuangan mu untuk mendidik anak bangsa kita yang bakal menjadi pemimpin bangsa dan agama.

 ........................................................

simbah asid..di Kuala Lumpur

                    Terkejut giler dengar pasal orang yang sengaja membaling asid kepada orang ramai...sebelum kes ni kecoh2 masuk berita..kawan aku telah mengingatkan aku pasal kes ni..tapi aku wat slumber jek..Pada suatu pagi sebelum pergi kerja aku pun buka lah MHI ..Wardina dan Ally telah memberitahu kes tu...dan telah kecoh pasal orang simbah asid dengan sengaja " masuk paper..sebab dah der wanita yang kena baling asid..pihak polis telah membuat rondaan n dalam proses penangkapan lelaki tersebut, yang paling aku takut kan...dia hanya membaling asid pada kanak2 dan wanita yang berjalan kaki...dahla aku jadi takut nak pergi kerja dan balik kerja..

Cam suspek simbah asid
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/05/13

Polis kenal pasti warna kulit, susuk tubuh penjenayah

KUALA LUMPUR: Polis sudah mendapat gambaran dua suspek yang disyaki menyimbah asid terhadap wanita dan pelajar sekolah sekitar ibu negara sejak Februari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis sudah mengenal pasti warna kulit, susuk tubuh dan umur dua suspek itu berdasarkan keterangan mangsa, saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Suspek bertubuh gempal dan kurus serta berusia 20-an dan 30-an, selain menggunakan dua motosikal yang berbeza.

“Setakat ini kita terima 22 aduan membabitkan kes simbah asid dengan 70 peratus daripadanya dilakukan secara individu dan 30 peratus lagi berdua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) di sini, semalam.

Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur sebelum ini menubuhkan satu pasukan khas dibantu 40 anggota bagi membendung kegiatan dua suspek itu yang mensasarkan wanita dan pelajar sekolah sekitar ibu negara.
Sebanyak 18 kes dikesan bermula Februari hingga 27 Mac lalu dan reda seketika sebelum kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi.

Mohd Bakri berkata, suspek menggunakan cecair dipercayai asid yang sama setiap kali melakukan jenayah itu dan asid berkenaan sukar didapati di pasaran. 


        Aku berharap pihak polis dapat menangkap orang  ini secepat mungkin..tak mahu der mangsa yang tak berdosa kena simbah pulak..dengan kes ni gak menyebabkan aku takut untuk keluar berjalan
berjalan2 di sekitar Kuala Lumpur selagi Penyibah Asid tak dapat ditangkap lagi...geram aku..
..........................................................................