Cukup dan Kaya

Kita kena bersyukur apa yang  ada..supaya Allah akan tambahkan lagi rezeki kita...
untuk menikmati kebahagian hidup...kita harus merasa cukup dan kaya.

  “Sama ada rezeki itu, sedikit atau banyak, bersyukurlah, kerana sesungguhnya itu adalah dari Allah. Allah yang  Maha Mengetahui mengapa diberinya kadar rezeki kita berbeza-beza setiap hari.”

Mari kita amalkan doa ini...bersama-sama..
"Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan apa yang Engkau halalkan agar aku terhindar dari yang Engkau haramkan dan perkayakan aku dengan kurniaan Engkau agar aku tidak meminta- minta dari selain Engkau." amin..

Beberapa pengajaran Doa:

          Doa ini diriwayatkan oleh oleh Iman al-Tarmizi ( Sahih Sunan al-Tarmizi, no:2822). Kisahnya, seorang hamba datang kepada Ali bin Abi Thalib menceritakan masalah kewangan yang dihadapi bagi membebaskan dirinya. Maka Ali mengajar dia doa di atas yang asalnya di ajar oleh Rasulullah  bagi sesiapa yang mengalami masalah kewangan dan hutang.
            Melalui doa ini, kita berdoa agar Allah memberikan kita rasa cukup dengan apa yang halal agar dengan itu kita tidak tamak mencari-cari harta sehingga sanggup menempoh cara haram umpama riba, judi, menipu dan rasuah.

      Kita juga berdoa agar Allah memperkayakan kita agar dengan itu kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain.

         Pengajaran penting dari doa ini ialah hendaklah kita bergantung dan berharap kepada Allah dalam isu kewangan. Banyak orang yang rakus mencari dan mengumpulkan harta sehingga mengabaikan Allah, padahal di sisi Allah jua terletak semua kekayaan.


Terniaya..tertipu...



Terkejut aku bila aku dapat tahu dari kawan2 sekerja aku.. selama ni..cafe @ Sentul Timur.. yang aku dan kawan sekerja selama ini sebenarnya tidak halal... KITAORANG TERTIPU.. dengan logo halal yang tauke kedai tu letak dan Tukang masakan orang yang mukin ISLAM sebab diaorg pakai tudung.....De orang nampak, tauke kedai tersebut membeli ayam di Sentul pasar pada orang Cina...aku dapat tahu gak..logo halal yg ditampal pun tidak mendapat kelulusan dari pihak JAKIM dan pihak JAKIM terlah datang membuat serbuan dan menyuruh tauke kedai menanggalkan logo halal yang ditampal di pintu kedai tersebut...

So after this..kena lah berhati2...pe yang kita makan...kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita . Kalau ragu2 terhadap kedai yang kita nak makan jangan makan.. carilah kedai lain...paling selamat..masak kat umah sendiri...k
http://infozi.com/blog/2010/09/pastikan-logo-halal-malaysia-sebenar/