simbah asid..di Kuala Lumpur

                    Terkejut giler dengar pasal orang yang sengaja membaling asid kepada orang ramai...sebelum kes ni kecoh2 masuk berita..kawan aku telah mengingatkan aku pasal kes ni..tapi aku wat slumber jek..Pada suatu pagi sebelum pergi kerja aku pun buka lah MHI ..Wardina dan Ally telah memberitahu kes tu...dan telah kecoh pasal orang simbah asid dengan sengaja " masuk paper..sebab dah der wanita yang kena baling asid..pihak polis telah membuat rondaan n dalam proses penangkapan lelaki tersebut, yang paling aku takut kan...dia hanya membaling asid pada kanak2 dan wanita yang berjalan kaki...dahla aku jadi takut nak pergi kerja dan balik kerja..

Cam suspek simbah asid
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/05/13

Polis kenal pasti warna kulit, susuk tubuh penjenayah

KUALA LUMPUR: Polis sudah mendapat gambaran dua suspek yang disyaki menyimbah asid terhadap wanita dan pelajar sekolah sekitar ibu negara sejak Februari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis sudah mengenal pasti warna kulit, susuk tubuh dan umur dua suspek itu berdasarkan keterangan mangsa, saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Suspek bertubuh gempal dan kurus serta berusia 20-an dan 30-an, selain menggunakan dua motosikal yang berbeza.

“Setakat ini kita terima 22 aduan membabitkan kes simbah asid dengan 70 peratus daripadanya dilakukan secara individu dan 30 peratus lagi berdua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) di sini, semalam.

Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur sebelum ini menubuhkan satu pasukan khas dibantu 40 anggota bagi membendung kegiatan dua suspek itu yang mensasarkan wanita dan pelajar sekolah sekitar ibu negara.
Sebanyak 18 kes dikesan bermula Februari hingga 27 Mac lalu dan reda seketika sebelum kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi.

Mohd Bakri berkata, suspek menggunakan cecair dipercayai asid yang sama setiap kali melakukan jenayah itu dan asid berkenaan sukar didapati di pasaran. 


        Aku berharap pihak polis dapat menangkap orang  ini secepat mungkin..tak mahu der mangsa yang tak berdosa kena simbah pulak..dengan kes ni gak menyebabkan aku takut untuk keluar berjalan
berjalan2 di sekitar Kuala Lumpur selagi Penyibah Asid tak dapat ditangkap lagi...geram aku..
..........................................................................

1 comments:

org jb said...

pasni kena hati2. kat paper hari (mingguan m'sia) ni dah kuar lakaran muka suspek

Post a Comment