Kerinduan Melanda




Doa untuk Ibu Bapa


Maksudnya :
 Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil



Doa ini aku akan baca setiap kali selesai solat fardu... malam ini aku terasa rindu kepada mak dan ayah yang  telah kembali mengadap ilahi sewaktu aku kecil lagi.. :'( waktu aku bersama mereka terlalu singkat..tidak banyak memori antara aku dan mereka...

Kekadang memang aku terasa kekurangan bila hendak dibezakan dengan orang lain...bila aku melihat orang lain bermanja dengan mak dan ayah mereka...aku hanya mampu tersenyum..tapi dalam hati hanya Allah jek yang tahu..paling aku tak tahan...aku akan lari..untuk menangis... :'(... dan aku tak suka untuk memberitahu kawan-kawan yang aku tak ada mak ayah....lebih baik mereka tak tahu dari mereka tahu..aku tak mau diaorang simpati dengan aku..

Walau macamane pun aku bersyukur kerana aku mempunyai mak cik dan pak cik yang menerima dan menjaga kami adik beradik sehingga sekarang.. :) 

Aku terima segala dugaan yang Engkau berikan kepada aku Ya Allah.. semua yang berlaku ada hikmahnya...aku menerima dengan penuh hati yang ikhlas..dan aku redha dengan ketentuan Mu Ya Allah..






Kepentingan Air



hi..korang kejap jek  kan dah 27hb Januari 2012..begitu pantas waktu berlalu..banyak lagi pages yang perlu di penuhi...atau mungkin tak sempat kita penuhi untuk ker chapter atau page seterusnya..hanya Allah jek yang tahu..

page 27 untuk aku pada hari ini.. aku berjumpa doktor gara-gara follow up pasal kulit ku yang sensitive ini..alhamdulliah beransur pulih kulit aku...doktor nasihatkan aku kena minum air yang banyak kulit aku perlukan air yang banyak kerana kulit aku cepat kering.... mane lah tak cepat kering..asyik duduk dalam aircond jek ..8 jam tuuu...mau tak kering....bila dah kering mula lah gatal...dah gatal mau aku garu mengaru....hehehe.. lagi satu..masalah dengan shower gel yang aku pakai...sesetengah shower gel akan menyebabkan kulit kita cepat kering... so aku kenalah tukar  Shower gel yang tahap pelembab yang tinggi seperti DoveLifebuoy...dan doktor nasihatkan aku..kalau nak pakai produk yang berkaitaan kulit kena tanya doktor dulu sebelum mengunakannyer..takut-takut aku kena lagi gatal-gatal dan kulit  menjadi kemerahan lagi...huhuhu...paling penting sekali minum air banyak supaya kulit akan terus lembab..   nak kekal lembab lagi..pakai lah losyen..
                                                                    
                
korang nak tahu...kemana aku pergi atau keluar rumah mesti aku akan bawa botol air....macam budak2 sekolah...n macam budak2 cina tu...terkenang lak sewaktu sekolah..hehehe...

just itu jek aku nak kongsi..hehe...sekarang cuaca pun tak berapa nak baik..kejap panas n kejap ujan...so kenalha jaga kesihatan supaya tak akan menyusahkan orang lain...hehehe...

untuk kesihatan yang baik so kenalah amalkan pemakanan yang baik2 gak dari hasil yang baik gak..betul tak?? :)

Cukup dan Kaya

Kita kena bersyukur apa yang  ada..supaya Allah akan tambahkan lagi rezeki kita...
untuk menikmati kebahagian hidup...kita harus merasa cukup dan kaya.

  “Sama ada rezeki itu, sedikit atau banyak, bersyukurlah, kerana sesungguhnya itu adalah dari Allah. Allah yang  Maha Mengetahui mengapa diberinya kadar rezeki kita berbeza-beza setiap hari.”

Mari kita amalkan doa ini...bersama-sama..
"Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan apa yang Engkau halalkan agar aku terhindar dari yang Engkau haramkan dan perkayakan aku dengan kurniaan Engkau agar aku tidak meminta- minta dari selain Engkau." amin..

Beberapa pengajaran Doa:

          Doa ini diriwayatkan oleh oleh Iman al-Tarmizi ( Sahih Sunan al-Tarmizi, no:2822). Kisahnya, seorang hamba datang kepada Ali bin Abi Thalib menceritakan masalah kewangan yang dihadapi bagi membebaskan dirinya. Maka Ali mengajar dia doa di atas yang asalnya di ajar oleh Rasulullah  bagi sesiapa yang mengalami masalah kewangan dan hutang.
            Melalui doa ini, kita berdoa agar Allah memberikan kita rasa cukup dengan apa yang halal agar dengan itu kita tidak tamak mencari-cari harta sehingga sanggup menempoh cara haram umpama riba, judi, menipu dan rasuah.

      Kita juga berdoa agar Allah memperkayakan kita agar dengan itu kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain.

         Pengajaran penting dari doa ini ialah hendaklah kita bergantung dan berharap kepada Allah dalam isu kewangan. Banyak orang yang rakus mencari dan mengumpulkan harta sehingga mengabaikan Allah, padahal di sisi Allah jua terletak semua kekayaan.


Terniaya..tertipu...



Terkejut aku bila aku dapat tahu dari kawan2 sekerja aku.. selama ni..cafe @ Sentul Timur.. yang aku dan kawan sekerja selama ini sebenarnya tidak halal... KITAORANG TERTIPU.. dengan logo halal yang tauke kedai tu letak dan Tukang masakan orang yang mukin ISLAM sebab diaorg pakai tudung.....De orang nampak, tauke kedai tersebut membeli ayam di Sentul pasar pada orang Cina...aku dapat tahu gak..logo halal yg ditampal pun tidak mendapat kelulusan dari pihak JAKIM dan pihak JAKIM terlah datang membuat serbuan dan menyuruh tauke kedai menanggalkan logo halal yang ditampal di pintu kedai tersebut...

So after this..kena lah berhati2...pe yang kita makan...kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita . Kalau ragu2 terhadap kedai yang kita nak makan jangan makan.. carilah kedai lain...paling selamat..masak kat umah sendiri...k
http://infozi.com/blog/2010/09/pastikan-logo-halal-malaysia-sebenar/