Sinking of Japan

Sinking of Japan....
Takziah saya ucapkan kepada rakyat Jepun yang mengalami kejadian gempa bumi bermagnitud 9.0 pada skala Richter dan tsunami melanda perairan Honshu, Jepun, Jumaat lalu 11/03/2011. 
Apa yang terjadi pada rakyat jepun...hari ini aku teringat pada kawan sewaktu belajar di UKM...Ikin Syikin Hamid & Seri. 
aku dan kawan2 telah menonton wayang di Alamanda,Putrajaya....cerita yang kitaorang tengok mestilah "Sinking of Japan" aku teringat dengan member2 aku..rindu rasa yer nak jumpa diaorang..tak bajet pun aku nak tengok cerita tu..disebabkan Seri nak tengok cerita ni kitaorang layanlah..waktu dah laa minggu Exam boleh pulak kitaorang g tengok wayang...hehehheh..ni gara2 tension asyik mengadap buku jek..abis tgok wayang kitaorg dok melepak kat putrajaya jalan2 kat tasik...dalam pukul 2 pagi baru balik hostel..
Aku tak tahu sama ada kawan aku ingat lagi ke tak....
kalau korang nk tengok Sinking of Japan..download jelah...

p/s : rakyat Malaysia patut mencontohi sikap rakyat Jepun yang menpunyai displin yang tinggi terhadap langkah berjaga2 ketika menghadapi gempa bumi.

banjir 2011

hi..sekarang ini aku berada di kampung halaman di Parit Penghulu, Sungai Rambai Melaka....Isnin 31/1/2011 sebelum pulang..aku telah mendengar desas desus berkenan banjir...aku terus menghantar msg kepada ayahanda untuk menanyakan keadaan di kampung..katanya tak banjir lagi..aku pun pun lega setelah membaca msg dari ayahanda. :)
Selasa 1/2/2011..sampai lah aku di kampung halaman..pada waktu petang family aku telah mengajak aku melihat kawasan yang telah di landa banjir area2 sawah padi..aku pun amat lah terkejut melihat situasi tersebut...takut pun de...air telah melimpah dari tebing..dan jalan dalam ke tangkak tu dah dipenuhi air... penduduk yg menginap di persisir sungai telah dipindahkan ke kawasan yang selamat...tapi sekiranya ujan berlarutan mungkin kawasan rumah aku mungkin jgak terkena...
Aku harap tidak lah berlaku banjir seperti dahulu..
laluan ke tangkak
kandang kambing merupakan kawasan yang paling pertama terkena.
kawasan kolam ikan milik saudara mara aku.

Air sungai yang telah melepasi tebing






P/S: Macamana pun apa yang berlaku kita redha dan bersabar dengan dugaan yang Allah bagi..


Banjir2..mcm ni..ramai lak yg ambil peluang untuk menangkap ikan..



Wow...ini lah hasil menjala yer...goreng pun sodap...hehehe

Ingin tahu???

Korang Ingin tahu?? sila lah baca yerr... :)

1)

 Syarikat kereta api India mempunyai pekerja teramai di dunia, iaitu lebih sejuta pekerja.


2)
Filem animasi  Tarzan dibuat seramai 1175 pelukis animasi dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.




3)
Pokok terbesar di dunia  adalah sejenis pokok yang bernama THE GENERAL SHERMAN TREE di Sequola Park dengan ketinggian 68.75 meter dan lebar 9.25 meter.


4)
Mengikut buku Guniess Book of Records, restoran yang menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah Restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan Makanan akan sampai dalam masa 13 saat.


5)
Matahari berwarna merah saat terbit dan terbenam kerana saat matahari terbit dan terbenam, sinar dari matahari melakukan perjalanan yang lebih panjang dibandingkan dengan waktu yang lain selain seperti siang kerana jarak antara kita dan matahari di waktu terbit dan terbenam lebih jauh diberbandingkan di waktu siang. Warna sinar yang mampu mencapai kita adalah warna yang mempunyai gelombang sinar lebih panjang iaitu merah.inilah sebabnya mengapa matahari terlihat merah diwaktu tersebut.






6) 
Cermin.. selain menunjukkan bagaimana rupa seseorang, cermin boleh digunakan dalam teknik fotografi.




                                                                 7)

Ikan jerung terbesar ditemui di pulau Baba, Karachi, Pakistan pada tahun 1946 iaitu berukuran 12.65 meter panjang dan seberat 15-21 tan. Ia merayau di permukaan air seperti paus di lautan air seperti paus di lautan Atlantik, Pasifik dan Laut India.


8) 
Korang nak tahu lagi..kopi, teh, minuman soda ternyata dapat menyebabkan tubuh kehilangan banyak kandungan kalsium di bandingkan dengan orang-orang yang jarang minum kopi,teh atau minuman soda.
dengan itu, banyak kan minum susu untuk menguatkan tulang..

9) 
Mineral dan garam dari sungai dan kandungan mineral lain menyebabkan air laut menjadi masin.

10)
E-mel merupakan singkatan dari elekronic Mail yang bererti surat menyurat dalam Internet. E-mel banyak digunakan kerana alasan mudah dikirimkan dan cepat sampai tujuan.

happy thaipusam...so aku pun cuti....

yahoooo.....cuti!!!!!!!!!!!!!!! happy thaipusammmm...
lupa seketika pasal file2 yang berlambak2 yang nak kena settle kan....masuk ofis dah lupa segala2 pasal dunia luar...hanya fikir pasal due date yang nk kena kejar mengejar...hihihihi..
kan best kalau esok cuti..nak apply cuti sayang pulak..kan best thaipusam jatuh hari jumaat boleh aku balik kampung..
walaumcmane pun,
waktu mcm ni lah digunakan sebaik mungkin untuk release my tension...besok dah kena kerja...kerja..
pas solat subuh terus siap2 untuk pergi jogging...
location tasik titiwangsa...
puas jogging n main badminton..peluh2 sampai basah baju...best gilerrrrrr...
pastu pergi tesco lak utk membeli-belah barang2 dapur...
so sekarang dah kat umah..melepak n rasa2 mcm nk tido lak...tata...

Ulam- Ulaman...yam..yam..

hai...semua ni Cik anum nak share something..pasal makan..
korang nak tahu per yang cik anum suka makan???? Cik anum tak suka makan sayur sebenarnnya heheheh....tapi hanya akan makan ulam ulaman jek..dengan itu, Cik anum nak share dengan korang pe jenis ulam yang Cik anum makan dan khasiatnya sekali...
pe yang kita makan setiap hari kita perlu tahu pe yang kita makan dan khasiatnya..


Daun Tenggek Burung


Tenggek Burung
Daun ini nenek anum yang kenalkan kat anum dan suruh makan. Biasa lah kan kalau kat kampung macam2 sayur yang ada.just petik jek..
Pokok ini kebanyakan tumbuh di kawasan belukar. Jenis renek, rimbunan dan bercabang-cabang. Berketinggian sehingga  3m. Dibahagian pucuknya mengeluarkan tiga anak daun. Mengeluarkan bunga berwarna putih bergerombolan.



Kegunaan
digunakan untuk rawatan menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan melancarkan perjalanan darah.
Caranya
makan lima hingga tujuh helai pucuk daun setiap hari. Manakala air rebusan daunya boleh diminum untuk melegakan sakit dada dan menyembuhkan demam.

lagi satu..daun yang anum suka makan...
Pegaga
mesti korang kenal kan???
dulu anum takut sayur ni sebab pahit rasanya..bila ibu kata pahit itu ubat dan daun ni buat kita awet muda...cuba gak makan..biasanya ibu akan masak daun ni.."ungkup"yang dicampur macam2...
tumbuhan ni jenis merayap yang renek berasal dari Asia Beriklim tropika. Tumbuhan tanpa batang, hanya bertangkai. Daunnya berbentuk payung bertangkai panjang antara 8-12sm dengan bentuk daun bulat atau bergerigi ditepinya. Bunga berwarna putih atau merah muda.

kegunaanya

jus pegaga diminum boleh menyihatkan dan menyejukkan badan, menghilangkan darah tinggi, menyembuhkan lelah, demam, masalah hati, megurangkan kolestrol, kencing tidak lawas, batuk awet muda, mengelakkan nyanyuk, kejang kaki, cirit birit berdarah,pencernaan,merawat buasir dan masalah buah pinggang.
air perahan atau pepesan pengaga yang telah ditumbuk lumat dapat membersihkan dan menyembuhkan kudis,ulser, luka, bisul dan masalah kulit.

Pegaga juga boleh melangsingkan badan. Secekak pegaga, secekak daun kemuning, sedikit bonglai, sebiji atau lebih buah mengkudu yang telah masak sederhana besar, akar atau daun dulang2 tujuh helai, ibu kunyit dan tujuh helai daun limau purut. kesemua bahan digiling lumat dan direbus dengan tiga gelas air, jadikan tonik untuk diminum setiap pagi dan petang.

makan ulam2 adalah baik untuk kesihatan..

dipetik dari herba warisan 1001 rahsia....

Ibu...oh Ibu...Happy Birthday..



Hari ni birthday ibu 19/01/2011..muuuahhhh...nasib cik anum ingat..hehe..tapi bangun tido baru nak wish..
Malam tadi semua send message remind me about mum birthday..thanks..i ingat laa...
my mum..

 tapi Cik anum tak dapat  nk celebrate birthday ibu malam ni..sebab cuti 1hari jek...cik anum wish jek.
Happy birthday ibu..anum doakan ibu sentiasa sihat selalu, berbahagia, dan dimurahkan rezeki..amin..

Penyebab kita lupa

hi...Cik anum nak share dengan korang pasal  

Penyebab kita lupa

biasanya kita tahu penyakit lupa terjadi kepada orang yang telah berusia, tapi orang muda pun tidak kecuali tau.. melalui pemerhatian orang yang soleh mendapti bahawa ada beberapa penyakit lupa.

  • makan makanan dan minuman yang telah dimasuki serangga
  • makan kepala ikan
  • makan organ dalaman binatang
  • makan epal masam
  • membaca tulisan di atas batu nisaan di tanah perkuburan
  • sering melihat kemaluan, termasuk kemaluan sendiri tanpa sebab
  • melihat najis ketika buang air besar
ketenangan jiwa terhasil daripada gabungan kejayaan jasmani dan rohani yaang mantap.Rohani atau jiwa kita menggunakan jasad sebagai sangkar atau medium untuk hidup.
Aspek pemakanan penting untuk minda yang cergas dan sihat.. dengan itu,amalkan pemakanan yg sihat.